Featured

Panduan Menjawab Ujian Psikometrik SPA

Panduan Menjawab Soalan Ujian Psikometrik - Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Ujian Psikometrik adalah merupakan sebahagian daripada penilaian dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memasuki perkhidmatan awam.

Dahulunya, ujian ini dikenali sebagai salah satu daripada seksyen peperiksaan online SPA, iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kini, ujian ini diasingkan dikenali sebagai Ujian Psikometrik.

Panduan dan Tips Menjawab Ujian Psikometrik SPA

Panduan Tips Menjawab Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon dalam bentuk soalan-soalan pelbagai pilihan jawapan. Kadangkala jawapan disediakan sangat hampir antara satu sama lain.

Bentuk dan Format Soalan Ujian Psikometrik

Soalan akan ditanya dalam banyak cara, samada berkaitan emosi, situasi, tindak-balas, dan juga penyelesaian matematik.

Soalan akan diberikan pilihan jawapan dalam pelbagai bentuk. Ada dalam ayat penyata, ada dalam bentuk persetujuan - betul/salah; setuju/tidak setuju atau dalam bentuk kekerapan seperti selalu, jarang, kadangkal, tidak pernah. Jawapan juga adakala diberikan dalam bentuk jawapan berangkai dengan pelbagai pilihan seperti i, ii dan iii; i dan ii sahaja; i dan iii sahaja; semua jawapan di atas.

Semuanya ditanya dan diberikan pilihan jawapan untuk menilai bagaimana anda akan menunjukkan respon terhadap soalan. Ujian Psikometrik mahu menilai personaliti anda.

Daripada pengalaman, ada ketika ujian ini disertakan dengan dua teknik soalan ujian Psikometrik iaitu, ujian penaakulan berangka dan ujian pertimbangan lisan.

Ujian penaakulan berangka menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan anda tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Ujian pertimbangan lisan memerlukan anda untuk membaca petikan pendek secara bertulis dan kemudian menjawab soalan menilai kefahaman mereka.

Soalan juga akan terdiri daripada penilaian perbendaharaan kata atau kefasihan anda, ujian ini menilai keupayaan anda untuk berfikir secara membina.

Daripada beberapa pengalaman ujian Psikometrik lepas, ada soalan yang ditanya dalam bentuk peribahasa, simpulan bahasa dan bidalan lama.

Rata-rata mereka yang melihat contoh-contoh soalan Psikometrik mesti akan anggap soalan-soalan tersebut mudah dan senang untuk dijawab. Namun awas, ia memang nampak mudah untuk dijawab, tetapi kalau anda tersilap menjawab, dan skor psikologi anda rendah, maka sia-sialah anda memohon kerja jawatan dalam kerajaan ini.

Mari lihat beberapa contoh soalan peperiksaan atau ujian Psikometrik ini...

Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian Psikometrik khas untuk rujukan anda. Contoh soalan di bawah boleh dijadikan rujukan asas untuk membiasakan diri anda dengan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti dalam ujian Psikometri.

Contoh soalan ujian Psikometrik adalah seperti yang berikut :

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :

A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan

A. Masa yang tepat
B. Secara santai

7. Pilihan anda dibuat secara

A. Teliti
B. Rawak

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya

A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar

A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan

A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang

A. Sabar
B. Mesra

12. Anda membuat keputusan dengan

A. Moral
B. Logik

13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara

A. Dirancang
B. Rawak

14. Anda perlu bersikap

A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang

15. Apabila bergaul dengan orang ramai

A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam


Bentuk soalan ujian Psikometrik juga biasa ditanya dalam bentuk begini:

1. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

2. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

3. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

A. Sangat setuju
B. Setuju
C.Tidak pasti
D. Tidak setuju
E.. Sangat tdak setuju

4. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan. 

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

5. Saya mudah berasa bosan.

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Pernah juga soalan ujian Psikometrik ditanya dalam bentuk soalan yang lebih ringkas, dengan dua pilihan jawapan seperti ditunjukkan di bawah ini:

1. Jika saya membanggakan diri, saya akan dipandang tinggi

A. Setuju
B. Tidak Setuju

2. Saya berpendapat larangan merokok di tempat kerja adalah tidak wajar

A. Setuju
B. Tidak Setuju

3. Saya suka melakukan aktiviti yang boleh memajukan diri saya.

A. Ya
B. Tidak

4. Apabila saya sedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berikhtiar untuk berubah.

A. Ya
B. Tidak

5. Saya akan bertindak tegas apabila tidak berpuas-hati dengan kualiti dan hasil kerja seseorang.

A. Ya
B. Tidak



Nampak macam mudah dan senang untuk menjawab soalan-soalan ujian Psikometrik ini!!

Tapi awas, ini cuma beberapa contoh soalan ujian Psikometrik sahaja. Ada banyak bentuk soalan berkaitan psikologi yang mungkin anda tidak pernah lihat.

Ini tips untuk mudahkan anda jawab soalan-soalan ujian ini:
Ujian Psikometrik adalah tentang sikap dan personaliti POSITIF. Jadi, pastikan anda memberikan jawapan yang memberikan impak positif. Minda dan pemikiran mesti diperbetulkan supaya nilai positif ditonjolkan semasa menjawab ujian ini.

Untuk memastikan anda TAHU CARA MENJAWAB dengan BETUL dan mempersiapkan diri dengan lebih banyak contoh soalan - disertakan JAWAPAN, calon terlibat boleh menggunakan pakej rujukan khas di bawah ini.

Rujukan Psikometrik SPA



Pakej rujukan ini PROVEN, ia dah bantu ramai calon yang dipanggil untuk Ujian Psikometrik sebelum ini. Malah, ramai yang berjaya lulus selepas menjadikan ebook rujukan ini sebagai persediaan mereka sebelum ujian Psikometrik sebenar.

Bukti rujukan psikometrik bantu calon lulus ujian



Pakej rujukan ini dapat membantu calon melakukan persediaan awal sebelum peperiksaan sebenar. Ia akan membantu calon membiasakan diri dengan bentuk dan format soalan Ujian Psikometrik.

Rujukan ini adalah alat bantu latih-tubi terutama soalan-soalan yang berkemungkinan ditanya dalam bentuk persoalan matematik.



Panduan Tips Jawab Ujian Psikometrik Terkini

Comments

Popular Posts