Skip to main content

Featured

Panduan Menjawab Ujian Psikometrik SPA

Panduan Menjawab Soalan Ujian Psikometrik - Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) . Ujian Psikometrik adalah merupakan sebahagian daripada penilaian dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memasuki perkhidmatan awam. Dahulunya, ujian ini dikenali sebagai salah satu daripada seksyen peperiksaan online SPA, iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kini, ujian ini diasingkan dikenali sebagai Ujian Psikometrik . Panduan dan Tips Menjawab Ujian Psikometrik SPA Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan . Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon dalam bentuk soalan-soalan pelbagai pilihan jawapan. Kadangkala jawapan disediakan sangat hampir antara satu sama lain. Bentuk dan Format Soalan Ujian Psikometrik Soalan akan ditanya dalam banyak cara, samada berkaitan emosi, situasi, tindak-balas, dan juga penyelesaian matematik. Soalan akan diberikan pilihan jawapan dalam pelbagai bentuk. Ada dalam ayat penyata, ada dalam bentuk

Paduan PSEE Pembantu Penyelidik Gred Q19

Rujukan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk Pembantu Penyelidik gred Q19. Peperiksaan online untuk jawatan ini telah diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan diadakan pada 31 Mac 2021 bersamaan dengan hari Rabu, bermula jam 2:30 hingga 3:30 petang.

PSEE untuk Pembantu Penyelidik gred Q19, kali ini melibatkan cuma dua seksyen utama, iaitu Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

Pembantu Penyelidik Gred Q19

Panduan dan Tips Peperiksaan Online Pembantu Penyelidik

Info Perjawatan, Gaji dan Deskripsi Tugas

Jawatan Pembantu Penyelidik Q19 adalah untuk mengisi kekosongan di Jabatan Perikanan Malaysia (Semenanjung) dan juga di pelbagai Kementerian atau Jabatan lain. Jawatan ini diklasifikasikan sebagai kumpulan pelaksana dalam perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan.

Gaji permulaan untuk jawatan gred ini adalah RM1355.00 dan gaji maksimum adalah RM4007.00 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM100.

Amnya, tanggungjawab seorang Pegawai Penyelidik Q19 adalah:

  • Membantu melaksanakan pembangunan pakej-pakej aplikasi teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi dan teknologi lain yang berkaitan (bagi bidang-bidang pertanian, perhutanan, pengurusan sumber asli, alam sekitar, bencana, pemetaan tematik, marin, pembangunan tanah dan infrastruktur, keselamatan dan kedaulatan negara). 
  • Juga terlibat dalam membantu melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan teknologi remote sensing gelombang mikro dan UAV negara.
  • Membantu melaksanakan pemindahan teknologi, khidmat kepakaran, khidmat nasihat teknikal kepada agensi pengguna.
  • Membantu melaksanakan komponen-komponen kerja dan memberi khidmat kepakaran bidang remote sensing dalam jawatankuasa-jawatankuasa yang dianggotai di peringkat kebangsaan, negeri dan sebagainya. 
  • Membantu melaksanakan penerimaan dan pembekalan secara bersepadu imej satelit remote sensing dan data spatial yang dibangunkan.
  • Membantu melaksanakan aktiviti promosi teknologi kepada agensi pengguna, pelajar dan orang awam 

Panduan Peperiksaan Online (PSEE) Pembantu Penyelidik Q19

Peperiksaan online dijadualkan pada 31 Mac 2021 akan melibatkan dua seksyen utama iaitu Daya Menyelesaikan Masalah dan juga Kefahaman Bahasa Inggeris.

Berdasarkan kepada deskripsi tanggungjawab seorang Pembantu Penyelidik yang diberikan di atas, maka kemungkinan soalan-soalan peperiksaan akan berkisar mengenai pembangunan pakej aplikasi teknologi terutamanya remote sensing.

Jadi, soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah akan terarah kepada konsep soalan yang menguji kemampuan calon dalam menyelesaikan masalah atau isu berkaitan teknologi ini.

Ia mungkin memaparkan soalan matematik berkaitan rajah, satah, geografik, kefahaman terhadap peta tematik, soalan melibatkan rumus tertentu, keluasan mahupun graf fungsi.

Contoh soalan seperti di bawah:

Contoh Soalan 1

Lengkapkan jadual di ruang jawapan bagi persamaan y=36/x dengan menulis nilai-nilai y apabila x = 3 dan x = 8.

x
2
2.4
3
4
6
8
10
12
14
y
18
15

9
6

3.6
3
2.6

Jawapan:

y=36/x apabila x=3

y=36/3 = 12

apabila x=8

y=36/8 = 4.5

Contoh Soalan 2 

Soalan juga mungkin ditanya dalam bentuk sebegini:

Antara yang berikut, yang manakah mewakili graf y = 2x3– 16?

Contoh Soalan PSEE

Soalan-soalan dalam PSEE akan ditanya dalam bentuk soalan objektif dan diberikan pilihan jawapan beraneka. Calon kena peka dengan bentuk soalan ditanya dan perlu menjawab dengan pantas.

Untuk seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, soalan biasanya disediakan dalam bentuk pemahaman teks berperenggan. Dalam skop perjawatan Pembantu Penyelidik, kemungkinan ia akan memaparkan soalan yang menguji kefahaman Bahasa Inggeris dalam bentuk istilah digunakan berkaitan tugas.

Contohnya, teks mungkin berkaitan dengan tajuk Remote Sensing. Dan pastinya istilah-istilah sains berkaitan tajuk dan isi kandungan akan ditanya. Soalan juga merangkumi pengolahan ayat, iaitu dari ayat pasif dan aktif (sama erti).

Memandangkan PSEE untuk jawatan ini tidak melibatkan pengetahuan am, jadi persediaan penting calon ialah dengan melakukan banyak latih-tubi menjawab soalan, terutamanya untuk seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.

Calon juga dinasihatkan untuk membaca banyak artikel berbahasa Inggeris berkaitan dengan teknologi perikanan serta infrastuktur, pemetaan lautan, isu berkaitan alam sekitar dan pemuliharaan hidupan marin.

Rujukan Am untuk PSEE

Rujukan PSEE Pembantu Penyelidik Q19

Sekiranya anda adalah calon yang mempunyai masa terhad untuk menelaah dan melakukan latih tubi, anda disyorkan untuk mendapatkan PAKEJ RUJUKAN EKSTRA SEKSYEN PSEE disediakan oleh Infokerjaya.

Rujukan ini disediakan mengikut pakej seksyen dan diolah untuk memenuhi keperluan peperiksaan online untuk semua jawatan. Tujuan pakej ini adalah untuk membolehkan calon terlibat dengan PSEE mengetahui bentuk soalan ditanya selain menyediakan calon dengan keperluan untuk menjawab pantas terutama seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.

Untuk info lanjut dan juga cara tempahan pakej, boleh terus ke link disediakan di bawah ini:

[+] https://affiliates.jvsecurepay.com/go/ebookextra/2624

Semoga membantu, dan didoakan anda berjaya di dalam PSEE ini nanti.




Comments

Popular Posts